Search This Blog

Loading...

Tuesday, January 8, 2013

TAHUN 2013 RASMI TRANSFORMASI SMV KE KOLEJ VOKASIONAL

              SMVDLM  telah 100% menjadi Kolej Vokasional                         
                             Dato' Lela  Maharaja, Rembau.



Tahun 2012 rintis, kini tahun 2013, rasmi SMVDLM menjadi KVDLM. .Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM  yang menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan  kursus kemahiran  pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro.. 

                                                           Sejarah Kolej

Sekolah lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan   rasminya oleh Y.A.M Undang Luak Rembau pada 25hb. Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang  ditawarkan ialah akedemik , vokasional, pertanian dan sains.
   Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar.
   Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1hb. Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar disekolah ini sehingga tahun 1990.
   Pada tahun 1999 sekolah ini telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Petanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).
   Pada tahun 2003 nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato’ Lela Maharaja. Nama   undang Rembau ialah Dato’ Hj. Muhd Sharif Bin Hj. Othman.
   Transformasi pendidikan negara telah  merngubah sekolah aliran vokasinal menjadi  kolej vokasional dan  tahun 2013  nama sekolah  telah rasmi menjadi Kolej Vokasional Dato” Lela Maharaja Rembau, Negeri Sembilan.

Visi  Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.


Friday, March 16, 2012

Malaysia Space Seed Competition di KVDLM Rembau


MALAYSIA SPACE SEED COMPETITION DI KVDLM 

Unit argroindusri akan berkerjasama dengan unit mathsains KVDLM dalam pertandingan Malaysia Space Seed Competition anjuran  bersama Agensi Angkasa Negara dan KPM.  Pertandingan ini berbentuk eksperimen ke atas menjaya tumbuh tanaman cili MC 11 menggunakan biji benih yang didedah kepada zero graviti dan biji benih di bumi keluaran MARDI. Penglibatan unit agroindustri adalah menjurus kepada penyediaan infrastruktur dan bantuan teknikal agronomi tanaman cili.


Penyediaan Struktur Lindungan Semaian

Tentative datesTimeframeActivities
06.03.2012-Notification of successful application
19.03.2012-Briefing on the module to the teachers.
Ceremony for seed distribution to schools.
19.03.2012 -
25.03.2012
1 week from receiving feedbackSeed handling – keep seeds in refrigerator before sowing.
Seedling preparation in trays.
Preparing the research proposal.
26.03.2012-Submit the research proposal.
26.03.2012Simultaneous sowingStart competition : Sowing
02.04.20121 week after sowingSend report on germination behaviour online
20 days before transplantingSpray foliar fertilizer weekly until experiment ends.
09.04.20122 weeks after sowingSend report of germination behaviour online
1 week before transplantingPrepare polybags for transplanting
27.04.2012Simultaneously 30 days after sowingTransplanting
1) 04.05.2012,
2) 11.05.2012,
3) 18.05.2012,
4) 25.05.2012,
5) 01.06.2012,
6) 08.06.2012,
7) 15.06.2012,
8) 22.06.2012
Every week after transplantingSubmission of progressive report on Morphological Characteristics , Reproductive Characteristics & Yield Characteristics online.
14 days after transplanting (DAT)Application of fertilizer I
17 DATApplication of pesticides I
30 DATFixing plant support
35 DATApplication of fertilizer II
40 DATPest and disease control II
42 DATApplication of fertilizer III
45-50 DATPest and disease control III
27.06.2012 - 13.07.201260-75 DATHarvesting
23.07.2012-Submit final report online
August 2012-Evaluation of top 10 schools
July 2012-Announcement of winners

Thursday, March 15, 2012

Thursday, March 1, 2012

Kelas Modul Fertgasi Pelajar Tahun Akhir MPAV-KVDLM Rembau

FERTIGASI DI KVDLM REMBAU
Tn. Hj. Amat Khri sedang menyampaikan syarahannya.

Pemberian cenderahati olehTuan Pengetua En. Joned


Pada 14 Feb. 2012,  pelajar tahun akhir MPAV kelas 5 ATN 1, 5 ATN 2 dan 5 TTN telah didedahkan dengan modul Kaedah Penanaman Secara Fertigasi. Pensyarah jemputan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor, Tn, Hj.Amat Khri Bin Mardi telah menyampaikan syarahan bagi modul.ini. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dan pakar dalam sistem penanaman  secara fertigasi. Pelajar-pelajar didedahkan dengan ilmu teori dan praktikal di ladang unit agroindustri tanaman.


Amali di unit pengeluaran tanaman
                     
                                                                                                                                                                                               

Lagi gambar foto aktivit penanaman secara fertigasi di ruang galeri....................................

  1.