| 
Kaedah merumput kawasan semaian. 
 
1.      
  Periksa dan pastikan kawasan
  yang hendak dipotong rumput tiada halangan seperti batu-batu, kayu, besi,
  plastik, tali dll. 
2.      
  Buka penutup tangki bahan api
  (lawan jam) dan periksa kandungan bahan api.  
3.      
  Sedia campuran bahan api
  (petrol) dan minyak 2T mengikut nisbah 1:25 (minyak 2T : bahan api).  
4.      
  Isi campuran bahan api ke
  dalam tangki minyak. 
5.      
  Buka palam pencucuh, cuci dan
  laraskan kelegaan (clearence) menggunakan gauge. 
6.      
  Tarik dipstick,
  periksa paras minyak pelincir (buat tambahan jika perlu). 
7.      
  Buka pin kabel lentur dan
  periksa minyak gris pada kabel tersebut.  
8.      
  Tutup semula pin kabel 
9.      
  Periksa dan ketatkan sekeru
  pengikat mata pisau / nylon pemotong  
10.   Buka
  minyak dengan menolak fuel cock ke bawah  
11.   Tolak
  Throttle lever berkedudukan separuh terbuka  
12.   Tarik
  / tolak tuil choke 
13.   Tarik
  tali starter untuk menghidupkan enjin. Pastikan mata pisau berkedudukan bebas
  dari halangan atau tidak diletak pada permukaan tanah. Bila enjin hidup,
  tentukan ia berkelajuan rendah selama 2 – 3 minit. 
14.   Galas
  mesin dan laraskan tali galas mengikut keselesaan bekerja dan laksanakan
  kerja. 
15.   Untuk
  mematikan enjin, kurangkan kelajuan enjin selama 1 – 2 minit. Tutup fuel
  cock dan matikan enjin dengan menekan suis pemati. 
i.                    
  Memotong rumput 
-         Potong rumput dengan kelajuan
  enjin yang sesuai mengikut ketebalan rumput  
-         Arahkan mata pisau / nylon
  yang berputar pada satu ketinggian yang tetap bagi rumput yang rendah. Bagi
  rumput yang tinggi potong pada paras atas dahulu dan diikuti pada paras
  bawah.  
-         
  Sekiranya menggunakan mata
  pisau, pastikan kelajuan enjin adalah rendah jika berdekatan dengan dinding,
  tiang atau objek yang keras. 
Kaedah penyelenggaraan mesin bergalas 
Ketahanan
  enjin bergantung kepada amalan penyelenggaraan yang betul. 
Langkah
  penyelenggaraan selepas penggunaan mesin rumput bergalas adalah seperti
  berikut : 
-         
  Bersihkan mesin daripada
  kekotoran di setiap bahagian mesin. 
-         
  Periksa bahagian-bahagian
  bersekeru dan ketatkan jika ianya longgar. 
-         
  Simpan di dalam setor alat. 
 
-         
  Mencabut rumput dengan tangan
  dibuat di tepi longkang, di celah-celah pasu, rak, susunan polibeg atau di
  tempat-tempat yang tidak boleh di mesin. 
 | 
KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN DATO' LELA MAHARAJA , 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN
Search This Blog
Informasi Amali
Subscribe to:
Comments (Atom)
