Tuesday, January 10, 2012

Kolej Vokasional DLM Rembau-TRANSFORMASI SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG


 288451knyc218ksx.jpgTRANSFORMASI SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG REMBAU


S
ekolah lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958, dikenali sebagai sekolah latihan perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Sekolah ini telah dibuka secara rasminya oleh Yang Amat Mulia Undang Rembau pada 25 Jun 1958.
Pada tahun 1969, sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Vokasional Pertanian. Kursus yang ditawarkan adalah Hotikultur Hiasan dan Landskap. Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang. Pada tahun 1999 sekolah telah dinaikkan taraf kepada Sekolah Menengah Teknik Pertanian di bawah penstrukturan sekolah menengah vokasional dalam bidang pertanian.  . Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di bawah aliran teknikal yang mula ditawarkan pada tahun 1999. Bermula pada tahun 2002, Pengajian Agroteknologi , ditawarkan.  Pada Februari 2003, sekolah ini sekali lagi ditukarkan kepada Sekolah Teknik Dato’ Lela Maharaja (SMTDLM) dan kursus lain seperti Pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal telah ditawarkan. Kursus Sijil Kemahiran Pertanian iaitu Pekerja Am Tanaman mula diperkenalkan pada tahun 2009. Tahun 2010 berlaku perubahan penawaran kursus vokasional akibat penukaran silibus mata pelajaran vokasional. Kursus yang ditawarkan ialah Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan, Teknolgi Tanaman dan Hortikultur Hiasan Dan Landskap, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Komputer.
Kini tahun 2012, SMTDLM telah berubah lagi menjadi perintis Kolej Vokasional Dato'Lela Maharaja Rembau dengan penawaran kursus Agroindustri Tanaman, Agroindusri Ruminan, Agroindustri Poultri, Mekanisasi Agro, Kursus Hortikultur Hiasan dan Kursus Landskap sahaja. Kursus pertanian lain seperti kursus Pemprosesan Makanan , kursus Akuakultur dan kursus Pengurusan  Perniagaan akan ditawarkan pada tahun 2013.

Lencana Sekolah