Informasi Amali


Langkah kerja:


Kaedah merumput kawasan semaian.

  1. Mesin rumput bergalas
 Kaedah mengendali mesin rumput bergalas

1.       Periksa dan pastikan kawasan yang hendak dipotong rumput tiada halangan seperti batu-batu, kayu, besi, plastik, tali dll.
2.       Buka penutup tangki bahan api (lawan jam) dan periksa kandungan bahan api.
3.       Sedia campuran bahan api (petrol) dan minyak 2T mengikut nisbah 1:25 (minyak 2T : bahan api).
4.       Isi campuran bahan api ke dalam tangki minyak.
5.       Buka palam pencucuh, cuci dan laraskan kelegaan (clearence) menggunakan gauge.
6.       Tarik dipstick, periksa paras minyak pelincir (buat tambahan jika perlu).
7.       Buka pin kabel lentur dan periksa minyak gris pada kabel tersebut.
8.       Tutup semula pin kabel
9.       Periksa dan ketatkan sekeru pengikat mata pisau / nylon pemotong
10.   Buka minyak dengan menolak fuel cock ke bawah
11.   Tolak Throttle lever berkedudukan separuh terbuka
12.   Tarik / tolak tuil choke
13.   Tarik tali starter untuk menghidupkan enjin. Pastikan mata pisau berkedudukan bebas dari halangan atau tidak diletak pada permukaan tanah. Bila enjin hidup, tentukan ia berkelajuan rendah selama 2 – 3 minit.
14.   Galas mesin dan laraskan tali galas mengikut keselesaan bekerja dan laksanakan kerja.
15.   Untuk mematikan enjin, kurangkan kelajuan enjin selama 1 – 2 minit. Tutup fuel cock dan matikan enjin dengan menekan suis pemati.


i.                     Memotong rumput

-         Potong rumput dengan kelajuan enjin yang sesuai mengikut ketebalan rumput
-         Arahkan mata pisau / nylon yang berputar pada satu ketinggian yang tetap bagi rumput yang rendah. Bagi rumput yang tinggi potong pada paras atas dahulu dan diikuti pada paras bawah.
-          Sekiranya menggunakan mata pisau, pastikan kelajuan enjin adalah rendah jika berdekatan dengan dinding, tiang atau objek yang keras.


Kaedah penyelenggaraan mesin bergalas

Ketahanan enjin bergantung kepada amalan penyelenggaraan yang betul.
Langkah penyelenggaraan selepas penggunaan mesin rumput bergalas adalah seperti berikut :

-          Bersihkan mesin daripada kekotoran di setiap bahagian mesin.
-          Periksa bahagian-bahagian bersekeru dan ketatkan jika ianya longgar.
-          Simpan di dalam setor alat.




  1.  Mencabut rumput
           Mencabut rumput tepi pasu, rak, tepi polibeg

-          Mencabut rumput dengan tangan dibuat di tepi longkang, di celah-celah pasu, rak, susunan polibeg atau di tempat-tempat yang tidak boleh di mesin.


  1. Menarah rumput
             Kerja menarah rumput menggunakan cangkul bermata lurus.


Kaedah menarah rumput.

-          Kerja menarah rumput menggunakan cangkul untuk membersihkan lorong laluan, sekeliling pokok semaian atau batas semaian yang memerlukan kawasan bebas rumpai.

-          Kerja menarah rumput di tepi longkang