Informasi Pengetahuan



PEMBERSIHAN KAWASAN SEMAIAN

1.0   KAWASAN SEMAIAN

1.1   Pengenalan kawasan semaian

Kawasan semaian adalah kawasan di mana anak-anak pokok ditempatkan sebelum  ia ditanam ditempat yang kekal. Anak-anak pokok yang digunakan untuk membiak-baik tanaman, membesarkan anak benih dan seterusnya persediaan anak benih  dibiak atau dibeli dan dijaga sehingga ia cukup besar untuk dijual atau ditanam di tempat yang kekal. Di tapak semaian, anak-anak pokok dapat dijaga dengan rapi dan pemilihan dibuat untuk mendapatkan pokok-pokok yang sihat.

Terdapat beberapa jenis kawasan semaian. Di antaranya adalah seperti berikut :

·         Semaian buah-buahan
·         Semaian tanaman hiasan
·         Semaian tanaman khusus – seperti tanaman ubat-ubatan, orkid dan sayur-sayuran

Semaian tanaman sayur-sayuran dibina di kawasan yang berhampiran ladang sayur atau kebun untuk memudahkan kerja-kerja penyemaian dan pemindahan.

 
 

 1.2            Bahagian-bahagian kawasan semaian

           Kawasan semaian terdiri daripada beberapa bahagian seperti berikut:

  1. Pejabat dan kaunter jual
  2. Setor
  3. Garaj
  4. Tempat naungan media
  5. Rumah pembiakan
  6. Rumah tumbuhan
  7. Kawasan pengerasan/penjagaan lanjutan
  8. Sumber air
  9. Kawasan pameran tanaman 
1.3   Fungsi-fungsi bahagian kawasan semaian
  1. Pejabat dan kaunter jualan.Ianya perlu dilengkapi dengan kemudahan perabut asas dan peralatan perhubungan untuk memudahkan urusan pentadbiran. Pejabat ini perlu ditempatkan di satu lokasi yang  strategik samada berhampiran jalan utama atau kawasan yang tinggi supaya dapat mengawal kesemua aktiviti di dalam dan di luar kawasan semaian. Kawasan pejabat juga disediakan surau dan tandas.Kaunter jualan disediakan untuk mengurus aktiviti jualan dan pemasaran anak pokok, benih, pasu, baja dan hasil semaian lain.

  1. Setor
a. Setor kimia.Setor kimia perlu dibina jauh sedikit daripada tempat orang ramai kerana ianya menempatkan  bahan  kimia seperti racun kulat, racun serangga, racun rumpai, dan  bahan lain jenis meruap yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Setor ini perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

b. Setor baja.Setor baja ialah tempat untuk menyimpan stok baja yang hendak digunakan di 
kawasan semaian.

c. Setor peralatan, kelengkapan dan bahan Setor ini adalah untuk menyimpan peralatan, kelengkapan dan bahan yang perlu untuk pembiakan dan penyelenggaraan tanaman. Ia perlu dibina berasingan dengan stor kimia kerana bahaya kebocoran bahan kimia boleh merosakkan peralatan dan kelengkapan lain.

  1. Garaj.Ianya dibina khusus untuk menempatkan jentera dan mesin pertanian seperti traktor dua roda, mesin ‘shredder’ dan lain-lain.
  1. Tempat naungan media Bagi sebuah nurseri yang besar, sebuah struktur berbumbung adalah perlu untuk menyimpan media campuran. Di bawah struktur berbumbung tersebut sekurang-kurangnya 3 petak dibina untuk mengisi tanah, bahan organik dan pasir. Ia juga mempunyai satu ruang kerja di mana kerja-kerja percampuran media dan pengisian media ke dalam polibeg / pasu dilaksanakan.
Rumah pembiakan
Rumah pembiakan ialah satu bahagian yang dibina untuk membiak tanaman. Bumbung struktur ini terdiri dari bahan yang boleh lutcahaya. Peratus teduhan bergantung kepada jenis tanaman yang hendak dibiakkan. Sistem pengairan perlu disediakan untuk penyiraman. Rumah pembiakan bergantung kepada jenis tanaman yang dibiak dan boleh mempunyai unit-unit seperti berikut:

a.       Kotak percambahan
b.       Tempat penyusunan polibeg
c.       Batas semaian
d.       Tempat rawatan / baik pulih pembiakan

  1. Rumah tumbuhanRumah tumbuhan disediakan untuk tujuan pembesaran anak semaian. Ianya mempunyai teduhan yang sesuai mengikut jenis pokok. Susunan pokok mengikut jenis, kelon dan kod warna. Terdapat juga rak-rak yang dibina untuk menempatkan anak pokok supaya lebih tersusun dan mempunyai pengudaraan yang baik.

  1. Kawasan pengerasan / Penjagaan lanjutan Kawasan pengerasan disediakan untuk mematangkan anak pokok sebelum dikeluarkan atau dijual. Pengerasan anak pokok ialah aktiviti pendedahan pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur. Pengerasan tanaman buah-buahan dibuat mengikut peratus teduhan iaitu 100% naungan selama sebulan, 65% sebulan, 35% sebulan dan 0% naungan. Bagi tanaman hiasan peratus teduhan yang dibuat mengikut jenis tanaman.

  1. Sumber air. Sumber air amat perlu bagi sesebuah tapak semaian. Sumber air boleh diperolehi daripada kolam, sungai atau air yang dibekalkan oleh pihak yang berkuasa.

  1. Kawasan pameran tanaman Kawasan pameran tanaman disediakan untuk mempamerkan produk-produk semaian dan bahan semaian seperti pasu, baja, racun dan media tanaman.