Tuesday, January 8, 2013

TAHUN 2013 RASMI TRANSFORMASI SMV KE KOLEJ VOKASIONAL

              SMVDLM  telah 100% menjadi Kolej Vokasional                         
                             Dato' Lela  Maharaja, Rembau.



Tahun 2012 rintis, kini tahun 2013, rasmi SMVDLM menjadi KVDLM. .Kolej ini merupakan salah sebuah dari 4 buah kolej vokasional KPM  yang menawarkan diploma vokasional pertanian dengan pilihan  kursus kemahiran  pertanian seperti Hortikultur Hiasan , Lanskap, Pengurusan Perniagaan, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ruminan, Agroindustri Poultri, Akuakultur , Pemprosesan Hasil Pertanaian dan Mekanisasi Agro.. 

                                                           Sejarah Kolej

Sekolah lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan   rasminya oleh Y.A.M Undang Luak Rembau pada 25hb. Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang  ditawarkan ialah akedemik , vokasional, pertanian dan sains.
   Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar.
   Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1hb. Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar disekolah ini sehingga tahun 1990.
   Pada tahun 1999 sekolah ini telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Petanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).
   Pada tahun 2003 nama sekolah ini telah diubah sekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato’ Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato’ Lela Maharaja. Nama   undang Rembau ialah Dato’ Hj. Muhd Sharif Bin Hj. Othman.
   Transformasi pendidikan negara telah  merngubah sekolah aliran vokasinal menjadi  kolej vokasional dan  tahun 2013  nama sekolah  telah rasmi menjadi Kolej Vokasional Dato” Lela Maharaja Rembau, Negeri Sembilan.

Visi  Kolej
KVDLM menerajui aliran vokasional pertanian di Malaysia.
Misi Kolej
Bermuafakat melahirkan insan mapan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti.
Dasar Kualiti Kolej
Kami warga KVDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk membangunkan potensi pelajar.


No comments:

Post a Comment