KOLEJ VOKASIONAL PERTANIAN DATO' LELA MAHARAJA , 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN
Search This Blog
Saturday, February 18, 2012
Sunday, February 12, 2012
Kursus Membuat Blog di KVDLM Rembau
Kerana tranformasi, pada 11 Feb. 2012 kursus asas pembinaan blog diperkenalkan kepada tenaga pengajar Kolej Pertanian Dato' Lela Maharaja Rembau. Matlamat kursus ini untuk memastikan setiap bidang atau unit mempunyai laman blognya sendiri. Diharap laman blog dapat menjadi sebahagian daripada bahan P&P selain menyalurkan maklumat kepada pengunjung atau pembaca blog terutama pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa.
Terima kasih kepada saudara Nasir Mukhriz bin Abd. Rahman, bekas pelajar 2011yang sudi menjadi tenaga pengajar kursus ini.
| Saudara Nasir sedang menyampaikan ceramahnya...... |
Wednesday, February 1, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Kolej Vokasional DLM Rembau-TRANSFORMASI SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG
TRANSFORMASI SEKOLAH LANJUTAN KAMPUNG REMBAU
S
|
ekolah lanjutan Kampung
Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958, dikenali sebagai sekolah latihan perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar
dewasa. Sekolah ini telah dibuka secara rasminya oleh Yang Amat Mulia Undang
Rembau pada 25 Jun 1958.
Pada tahun 1969, sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah
Vokasional Pertanian. Kursus yang ditawarkan adalah Hotikultur Hiasan dan Landskap. Kejenteraan Ladang dan Pengurusan Ladang. Pada tahun 1999 sekolah telah dinaikkan taraf kepada
Sekolah Menengah Teknik Pertanian di bawah penstrukturan sekolah menengah
vokasional dalam bidang pertanian. . Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di bawah aliran
teknikal yang mula ditawarkan pada tahun 1999. Bermula pada tahun 2002,
Pengajian Agroteknologi , ditawarkan.
Pada Februari 2003, sekolah ini sekali lagi ditukarkan kepada Sekolah
Teknik Dato’ Lela Maharaja (SMTDLM) dan kursus lain seperti Pengajian
Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal telah ditawarkan. Kursus Sijil
Kemahiran Pertanian iaitu Pekerja Am Tanaman mula diperkenalkan pada tahun
2009. Tahun 2010 berlaku perubahan penawaran kursus vokasional akibat penukaran silibus mata pelajaran vokasional. Kursus yang
ditawarkan ialah Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan, Teknolgi Tanaman
dan Hortikultur Hiasan Dan Landskap, Pengurusan Perniagaan dan Pengajian Komputer.
Kini tahun 2012, SMTDLM telah berubah lagi menjadi perintis Kolej Vokasional Dato'Lela Maharaja Rembau dengan penawaran kursus Agroindustri Tanaman, Agroindusri Ruminan,
Agroindustri Poultri, Mekanisasi Agro, Kursus Hortikultur Hiasan dan Kursus
Landskap sahaja. Kursus pertanian lain seperti kursus Pemprosesan Makanan , kursus Akuakultur dan kursus Pengurusan Perniagaan akan ditawarkan pada tahun 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)




